Page 41 - Pencapaian Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti Fasa I (2018-2020) & Aspirasi Fasa II (2021-2025)
P. 41
Hala Tuju PSPKK Fasa II Teras 2
Memantapkan
GOVERNAN
yang Responsif dan Mampan
eSPKP
overnan yang responsif dan mampan di Jabatan dan Institusi dapat memacu prestasi
serta kualiti tadbir urus menjelang tahun 2025. Perkara ini dapat direalisasikan
Gmelalui pewujudan hala tuju strategik organisasi yang peka terhadap perubahan Sistem Penilaian
persekitaran serta evolusi yang berlaku dalam ekosistem TVET negara dan juga global. Kecekapan Prasarana
Justeru, penambahbaikan berterusan kualiti penyampaian, peningkatan produktiviti dan
kecekapan tadbir urus di institusi bakal terhasil bagi menyokong Misi dan Visi.
PELUANG DAN CABARAN
Kemampanan dalam tadbir urus bukan sahaja memberi penegasan dalam aspek kualiti
pengurusan, malah usaha meningkatkan jenama serta reputasi institusi turut sama diberi
ruang untuk berkembang, di samping usaha-usaha melengkapkan institusi dengan fasiliti
serta kemudahan terkini. Hal ini pastinya akan dapat menaikkan imej TVET bagi Politeknik
dan Kolej Komuniti supaya tekal mendepani perkembangan teknologi serta sedaya
mampu berusaha memenuhi kehendak dan keperluan pemegang taruhnya. Komitmen
serta akauntabiliti pihak pengurusan dan warga yang konsisten turut menjadi aspek yang
penting bagi menyokong kelancaran pelan strategik ini. Selain itu, tahap kesedaran dan
pengetahuan 4IR dalam kalangan warga dan infrastruktur berciri 4IR, masih memerlukan
sokongan mantap daripada pelbagai pihak. Pandemik COVID-19 menunjukkan betapa
pentingnya adaptasi teknologi digital diterapkan pada semua peringkat tadbir urus TVET.
Transformasi ekosistem TVET di Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai game changer
perlu direalisasikan seperti yang dihasratkan dalam agenda WKB 2030.
TUMPUAN 2021-2025
Dalam fasa ini, tumpuan diberi kepada strategi memperkukuh kelengkapan teknologi
dalam sistem operasi Jabatan dan Institusi serta memperkasa tadbir urus dan
memperkukuh pengurusan kewangan yang cekap, berhemat dan mampan. Strategi ini
perlu digerak secara bersepadu bagi memastikan kecemerlangan dan keberkesanan
pelan yang dirancang.
KEBERHASILAN
Dengan adanya governan yang responsif dan mampan, penambahbaikan operasi secara
berterusan pasti memberi kesan positif kepada kualiti penyampaian, produktiviti dan
kecekapan institusi. Petunjuk kepada kecemerlangan organisasi adalah apabila jenama
dan reputasi institusi meningkat secara konsisten, manakala kecemerlangan operasi dan
kepuasan pelanggan (pelajar dan pemegang taruh) dicapai pada tahap optimum. Ini akan
meyumbang kepada kemakmuran sosioekonomi negara.
35 Aspirasi PSPKK Fasa II (2021-2025)