Eksplorasi Kembara PUO, MHM hargai khazanah alam

 
 
kom
 
 
 

ALAM SEKITAR. Seramai 40 peserta Eksplorasi Kembara 2019 anjuran Kelab Kembara, Politeknik Ungku Omar (PUO) dengan kerjasama Persatuan Mata Hati Malaysia (MHM) itu bertempat di Bukit Kledang, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Setiausaha Persatuan MHM, Dr. Razul Ikmal Ramli berkata, program itu diadakan untuk mengajak masyarakat menyelami isu alam sekitar dan kebersihan dari mata hati demi menjamin kesejahteraan serta kelangsungan hidup manusia sejagat.

“Program ini diharap dapat membudayakan semangat setiakawan, jati diri serta komitmen yang tinggi dalam kalangan peserta.

“Paling penting adalah untuk mendidik mereka supaya menjadi warganegara yang peka dan bertindak secara matang dalam menangani isu kelestarian khususnya konservasi alam sekitar secara lestari,” katanya.

 

Sumber : KOSMO

Ke Atas